* Tahniah dan Selamat Berkhidmat kepada En. Thiban Subramaniam. Semoga Taman Ambar dan Zon Arked khususnya serta Sepang Umumnya akan menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang terus melangkah maju 1Malaysia.
Jawatankuasa Perunding Penduduk (JPP).
Fungsi dan Tujuan Penubuhan JPP adalah seperti berikut :
- Memperkukuh dan memperkemas fungsi dan tugas Ahli Majlis sebagai agen yang menghubungkan di antara Majlis dan penduduk ;
- Menjadi agen perantaraan penyalur maklumat dan peraturan Majlis kepada penduduk ;
- Menggalakkan penyertaan penduduk dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh Majlis ;
- Memantau aktiviti yang dijalankan oleh pelbagai persatuan penduduk di setiap zon ; dan
- Melaksanakan aktiviti LOCAL AGENDA 21 ke arah pembangunan MAMPAN di dalam Majlis Perbandaran Sepang